Resepi Kuih Ketayap Dadar Pandan Kuah Manis

Posted on

resepi kuih ketayap

Resepi kuih ketayap – Dadar pandan atau biasanya disebut dengan kuih ketayap dan dihidangkan bersama inti kelapa manis. Tapi dalam resepi kali ini saya menghidangkannya dengan kuah manis, satu kelainan yang amat mudah dan ringkas.

Bahan-bahana a:

  • 130 gram tepung serbaguna / gandum
  • 375 ml cawan air daun pandan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan minyak
  • secubit garam

Bahan B

  • 500 ml dantan pekat
  • 100 gram gula merah
  • 100 gram gula
  • 60 gram tepung gandum
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan

Cara membuat:

  1. Campur kesemua bahan dan kisar halus. Tapis bancuhan.
  2. Untuk membuat dadar pandan: panaskan kuali leper yang telah dilenser dengan sedikit minyak.
  3. Ambil sesenduk bancuhan dadar dan ratakan nipis di dalam kuali leper. Jangan terlalu tebal.
  4. Biarkan dadar masak untuk beberapa minit dan angkat.
  5. Lipat atau gulung mengikuti cita rasa.
  6. Ulang proses sehingga kesemua bacuhan habis.
  7. Untuk membuat kuah manis, bancuh tepung bersama santan dan tapis.
  8. Tuang kedalam periuk, tambah gula, gula merah, garam dan daun pandan.
  9. Didih hingga kuah pekat, jika kuah terlalu pekat tambah sedikit air.
  10. Hidangkan dadar pandan bersama kuah mais ini

Itulah resepi kuih ketayap semoga bermanfaat dan jangan lupa share